fbpx
More

    Apple Mac Pro dan Mac Studio dilancar, boleh dilengkapkan dengan cip M2 Ultra bermula RM9,499

    Dalam acara Worldwide Developers Conference (WWDC) yang dilancar pada hari ini, Apple mengumumkan komputer Apple Mac Pro yang akan dilengkapi cip M2 Ultra untuk prestasi terpantas dalam komputer desktop Apple setakat ini.

    Mac Pro

    Apple mengatakan Mac Pro baharu ini akan beroperasi lebih pantas sebanyak tiga kali ganda berbanding model Intel sebelum ini. Sebagai sebuah komputer yang ditujukan untuk pengguna profesional, ia bakal dilengkapi dengan CPU 24 teras dan GPU sehingga 76 teras.

    Ia boleh menyokong memori sehingga 192GB dan tujuh kad suntingan video Afterburner. Dengan spesifikasi tertinggi, komputer ini boleh memainkan sehingga 22 fail video 8K ProRes serentak, atau menerima sehingga 24 siaran video 4K dan encode ke dalam ProRes dalam masa nyata.

    Komputer ini turut menawarkan tujuh slot penambahan PCIe, lapan port Thunderbolt 4, dua port ethernet 10GB, tiga port USB-A, bicu audio 3.5mm dan dua port HDMI yang boleh menjana imej 8K 240Hz. Ia menyokong hubungan wayarles Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.3.

    Mac Pro akan mula dijual di Malaysia pada harga bermula RM32,999 untuk varian paling asas, namun tarikh penjualannya masih belum diumumkan.

    Mac Studio

    Selain komputer Mac Pro, Apple turut memperkenalkan Mac Studio generasi ke-2 untuk kegunaan pengguna umum, dan ia ditawarkan dengan varian cip M2 Max atau M2 Ultra untuk suntingan video 8K, penerbitan muzik atau penjanaan model 3D.

    Mac Studio yang dilengkapi cip M2 Max boleh menawarkan prestasi yang lebih pantas sebanyak 50% berbanding generasi sebelumnya, dan sehingga empat kali ganda lebih pantas berbanding iMac 27 inci yang dilengkapi cip Intel.

    Ia boleh menjana (render) efek lebih pantas sebanyak 50 peratus dalam Adobe After Effects, manakala pembangun program pula boleh mengekod lebih pantas sebanyak 25 peratus dengan XCode.

    Cip M2 Max ini mempunyai CPU 12 teras, GPU 38 teras dan memori sehingga 96GB yang menyokong bandwith sehingga 400GB/s. Untuk varian M2 Ultra pula, ia boleh menawarkan prestasi sehingga dua kali ganda berbanding M2 Max, dengan CPU 24 teras, GPU 76 teras dan memori sehingga 192GB yang menyokong bandwith 800GB/s.

    Komputer ini menawarkan port HDMI untuk siaran video 8K 240Hz, empat port Thunderbolt 4, satu port ethernet 10Gb, dua port USB-A, dua port USB-C dan slot kad SD.

    Mac Studio akan mula dijual di Malaysia pada harga bermula RM9,499, namun tarikh penjualannya masih belum diumumkan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana komputer ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X