fbpx
More

    Roborock Q Revo dilancar di Malaysia: Robot vakum dan mop pintar berharga RM3,799

    Roborock Malaysia telah melancarkan produk pintar terbaru untuk pasaran tempatan iaitu Roborock Q Revo. Produk ini adalah robot vakum dan mop pintar semua-dalam-satu yang menampilkan sistem pembersihan VibraRise dan dok penyelenggaraan (maintenance dock) baharu.

    Robot ini dilengkapi mop dwi-putaran pertama oleh Roborock dan berputar pada kelajuan 200RPM. Mop ini turut dilengkapi fungsi angkat automatik (automatic mop lifting) sehingga 7mm supaya ia boleh mop dalam sekali lalu sahaja, tanpa meninggalkan kesan air.

    Vakum robot ini mempunyai kuasa sedutan 5,500Pa dan berus yang dibuat daripada getah untuk penyedutan efektif dalam pelbagai jenis permukaan. Teknologi Reactiv Tech Obstacle Avoidance akan mengelakkan robot ini daripada terkena sebarang objek di atas lantai sewaktu membuat pembersihan.

    Selepas membersih, Q Revo akan pulang semula ke dok penyelenggarannya di mana segala tugas pembersihan dalam robot itu akan dilakukan secara automatik. Ini termasuklah pengosongan habuk, pengisian air, pembersihan mop dan pengecasan pantas.

    Q Revo boleh dikawal dengan aplikasi Roborock App. Pengguna boleh menetapkan No-Go Zone, pemetaan Quick Mapping, jadual pembersihan, pemetaan multi-tingkat, Deep Carpet Cleaning, Clean Along Floor Direction dan banyak lagi.

    Roborock Q Revo akan dijual pada harga RM3,799 dan boleh dibeli dari Shopee atau Lazada. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    vivo Y18 rasmi dengan skrin paling terang dalam segmen permulaan, penarafan IP54 bermula ~RM511

    vivo baru sahaja memperkenalkan model telefon pintar Y18 baharu di India. vivo Y18 merupakan telefon pintar dalam segmen permulaan yang memuatkan beberapa...

    Siri Xiaomi Pad 7 akan dilancarkan Oktober ini, boleh ‘plug and play’ dengan EV...

    Xiaomi mungkin bersiap sedia untuk pelancaran beberapa peranti perdana pada Oktober ini termasuk siri tablet perdana baharunya, siri Xiaomi Pad 7. Barisan...

    Nokia 3210 yang ikonik pada 90-an kini diberi nafas baharu dengan 4G

    HMD Global yang merupakan syarikat di sebalik peranti Nokia sedang melakar nostalgia. Menjelang pelancaran semula Nokia 6310, HMD Global kini juga sedang...

    Xiaomi 15 akan jadi peranti pertama dengan Snapdragon 8 Gen 4, bakal dilancar Oktober...

    Minggu lepas, satu laporan mendakwa bahawa Xiaomi mempunyai hak pelancaran pertama eksklusif untuk cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 4 yang akan datang....

    Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) rasmi di Malaysia: Skrin 10.4″, sokong S Pen...

    Samsung Malaysia mengumumkan bahawa tablet Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) telah tiba di pasaran Malaysia secara rasmi dengan memori RAM 4GB...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X