More

    realme Smart 4K TV 50 inci dan TechLife Air Purifier Pro dilancar di Malaysia bermula RM699

    Selain realme C53, realme Malaysia juga melancarkan dua produk baharu iaitu realme Smart 4K TV 50 inci dan realme TechLife Air Purifier Pro. Dalam artikel ini, anda akan tahu ciri yang ditawarkan oleh kedua-dua model ini.

    realme Smart 4K TV mempunyai panel skrin 50 inci dengan bezel ultra-nipis 2.6mm dan nisbah skrin-ke-badan 97.2%. Ia juga dilengkapi dengan Enjin Gambar Chroma Boost eksklusif yang memberikan peningkatan kecerahan, kontras dan warna untuk gambar sinematik. Tambahan pula, ia turut dikuasakan oleh Pemproses MediaTek dengan CPU ARM Cortex A53 dan GPU Mali G52.

    Selain itu, TV ini mempunyai empat pembesar suara stereo 24W dengan sokongan Dolby Atmos dan Dolby Vision untuk memberikan pengalaman visual terbaik. Paparannya diperakui oleh TÜV Rheinland yang membolehkan pengguna menonton rancangan kegemaran mereka untuk jangka masa yang lama tanpa membebankan mata mereka. Pengguna juga boleh mengakses Google Play, menggunakan Google Assistant dan Chromecast.

    Ia berharga RM1,599 serta boleh didapati di Shopee dan Lazada, TikTok rasmi realme, kedai jenama rasmi realme dan penjual sah realme Malaysia pada 6 Jun 2023. Untuk harga terhad sehingga 8 Jun 2023, harga promosi adalah RM1,099 dan hanya eksklusif untuk kedai Shopee.

    Kemudian, realme TechLife Air Purifier Pro hadir dengan penapis HEPA 3 dalam 1 pelbagai fungsi Bersepadu 360° yang boleh menanggalkan habuk, rambut, zarah halus dan lain-lain. Penapis HEPA H12 boleh menapis zarah dengan diameter sama atau lebih daripada 0.3 μm dan pencemaran PM2.5 dari udara. 

    Salutan antibakteria dan antivirus pada lapisan luar penapis H12 akan menghapuskan bakteria dan virus manakala karbonnya boleh menyerap formaldehid, sebatian organik meruap (VOC), asap terpakai, gas dan bau yang berbahaya. Pengguna boleh menggunakan enam mod dan tetapan empat pemasa untuk melaraskan mengikut keutamaan mereka, yang juga boleh dilakukan pada aplikasi pautan realme.

    Ia menampilkan Kadar Penghantaran Udara Bersih (CADR) yang tinggi sehingga 480m³/j memberikan liputan yang baik kepada bilik seluas 57.6m². Penderia Kualiti Udara Laser didalamnya boleh mengesan PM2.5 di udara dan maklumat akan ditunjukkan pada Paparan LED Digital dalam masa nyata. 

    realme TechLife Air Purifier Pro berharga RM799 dan kini boleh didapati di Shopee dan Lazada, kedai TikTok rasmi realme, kedai jenama rasmi realme dan penjual sah realme Malaysia pada 6 Jun 2023. Anda boleh dapatkannnya pada harga promosi RM699 sehingga 8 Jun 2023 di Lazada dan Shopee.

    "
    "

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured