More

    Akaun media sosial pelawak digantung selepas membuat jenaka tentang MH370

    Akaun media sosial untuk pelawak Singapura, Jocelyn Chia, telah digantung selepas sebuah video tular menunjukkan beliau membuat beberapa lawak sinis tentang Malaysia, terutamanya tentang kemalangan penerbangan MH370.

    Akaun Facebook, Instagram dan Twitter miliknya kini tidak lagi wujud, mungkin kerana ribuan netizen Malaysia yang tersinggung telah membuat laporan kepada kedua-dua platform media sosial berkenaan. Laman web Jocelyn juga tidak boleh diakses buat masa ini.

    Dalam video yang tular itu, Jocelyn membuat pelbagai lawak jenaka yang menghina Malaysia dan membandingkannya dengan Singapura yang kononnya adalah sebuah negara kelas pertama. Lebih-lebih lagi, ramai yang tersinggung apabila beliau mengatakan pesawat Malaysia tidak berfungsi dan sering hilang, merujuk kepada tragedi MH370 yang mengorbankan ratusan penumpang.

    Berikutan video yang tular ini, kerajaan Singapura meminta maaf kepada rakyat Malaysia. Menteri Hal Ehwal Luar Negara Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, menyatakan beliau tersinggung dengan lawak oleh Jocelyn dan pastinya pelawak itu tidak mewakili semua rakyat Singapura.

    Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon, turut meminta maaf kepada rakyat Malaysia berkenaan lawak oleh Jocelyn yang telah menjejaskan hubungan erat di antara kedua-dua negara.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured