More

    “Coldplay”, “Malaysia Masters” & “Polis Evo 3” antara carian Google paling popular di Malaysia pada Mei 2023

    Google Malaysia telah menyenaraikan 10 perkataan yang paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia sepanjang Mei 2023, merangkumi sukan badminton tempatan yang rancak berlaku sepanjang bulan lalu, bolak sepak antarabangsa serta beberapa filem tempatan yang hangat.

    Badminton

    Carian paling popular adalah Malaysia Masters 2023 yang menyaksikan para pemain badminton terbaik dalam persada antarabangsa berentap di Axiata Arena pada 23 hingga 28 Mei. Pasukan beregu lelaki dan wanita tempatan masing-masing berjaya menyumbangkan pingat perak untuk Malaysia.

    Para peminat badminton negara turut mengikuti perkembangan sebuah lagi pertandingan antarabangsa berprestij yang berlangsung di Suzhou, China iaitu Sudirman Cup 2023 dan ia menjadi carian yang keempat tertinggi pada bulan lepas.

    Bola Sepak

    Bola sepak bukanlah sukan yang asing dalam kalangan rakyat Malaysia dan ini boleh dilihat pada carian untuk Brentford vs Man City / Leeds United vs Tottenham Hotspur / Southampton vs Liverpool yang menjadi carian kedua paling tinggi untuk Mei 2023. Carian ini merujuk kepada hari terakhir Liga Perdana Inggeris yang menyaksikan tiga perlawanan berlaku pada hari yang sama.

    Selain itu, perlawanan akhir La Liga menyaksikan Barcelona vs Mallorca yang menjadi kata carian ketiga tertinggi. Barcelona menjadi juara liga tersebut dengan menjaringkan tiga gol, manakala pihak lawan tidak menjaringkan sebarang gol.

    Bola sepak tempatan juga tidak dilupakan, dengan perlawanan suku akhir untuk Malaysia FA Cup menyaksikan JDT vs Penang menjadi kata carian yang ketujuh paling dicari. Johor menjadi pemenang dengan keputusan 5-0.

    Hiburan

    Kecoh dalam kalangan peminat muzik tempatan apabila kumpulan gitar rancak dari United Kingdom, Coldplay, mengumumkan konsert pertama mereka di Malaysia yang akan dianjurkan pada 22 November ini. Ia menjadi kata carian yang kelima tertinggi, mungkin kerana ramai ingin mengetahui cara membeli tiket konsert itu.

    Pada masa yang sama, filem aksi Hollywood Fast X menjadi carian kelapan tertinggi manakala filem aksi tempatan Polis Evo 3 pula menjadi carian kesembilan tertinggi.

    "
    "

    Sambutan dan acara

    Ramai rakyat Malaysia ingin menzahirkan rasa penghargaan mereka kepada para guru yang telah gigih mencurahkan ilmu di sekolah-sekolah dan hasilnya perkataan Selamat Hari Guru berjaya menjadi kata carian keenam tertinggi dalam senarai.

    Pada hujung bulan lalu pula, puluhan kapal dan pesawat yang dipamerkan dalam Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA 2023) kembali menggegarkan langit dan lautan di sekeliling Pulau Langkawi, selepas edisi 2021 terpaksa dibatalkan kerana wabak COVID-19. Ia menjadi topik carian kesepuluh tertinggi pada bulan lalu.

    Apakah topik yang menjadi carian utama anda pada bulan Mei 2023? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Spotify letak lencana khas untuk profil artis yang sebenarnya AI

    Spotify mengumumkan pengenalan lencana AI Persona bagi memberi petunjuk kepada pendengar bahawa identiti sesebuah profil artis adalah dijana oleh kecerdasan buatan dan...

    HONOR Robot Phone dilancar sebagai telefon pertama dengan gimbal terbina

    HONOR secara rasmi melancarkan peranti mercu terbaharu iaitu HONOR Robot Phone di China. Peranti ini menggabungkan perkakasan kamera gimbal fizikal bersama pembantu...

    HOVERAir Versa dilancar — Kamera poket 2-dalam-1 boleh bertukar jadi dron

    HOVERAir melancarkan HOVERAir Versa iaitu peranti hibrid 2-dalam-1 yang menggabungkan fungsi kamera poket dan dron terbang. Peranti ini disifatkan sebagai kamera poket...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured