More

    ‘Quiet Mode’ – Anda boleh ‘cuti Facebook’ dengan mengaktifkan mod ini

    Jika anda memerlukan masa untuk berehat sejenak daripada media sosial termasuk Facebook, inilah masanya. Facebook kini melancarkan ‘Quiet Mode’ atau mod senyap untuk mematikan notifikasi dan membenarkan anda menjadualkan waktu rehat anda daripada Facebook.

    Bagaimana? Untuk mengakses mod ini, pergi ke menu ‘Settings’ atau Tetapan di Facebook anda dan klik pada ‘Your Time on Facebook‘. Klik pada ‘Manage your time’ untuk menjadualkan atau menguruskan masa penggunaan Facebook anda. Di menu ini, anda boleh mengaktifkan ‘Quiet Mode’ mengikut masa pilihan anda sendiri.

    Jika anda log masuk ketika berada dalam tempoh masa mod senyap, Facebook akan memaparkan tempoh masa yang tinggal untuk anda berhenti berehat seperti gambar di atas. Sumber melaporkan Facebook hanya mengeluarkan fungsi mod senyap untuk pengguna iOS buat masa ini dan akan mengeluarkannya pada peranti Android pada Mei 2020.

    Sudahkah anda mencubanya? Inilah masa yang sesuai jika anda memerlukan masa rehat daripada Facebook! Luahkan komen anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CNET

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured