More

    Kempen The Wave oleh Yes: Larian LED 5km dengan aktiviti menarik, berpeluang memenangi hadiah

    The Wave‘ merupakan kempen yang dianjurkan oleh Yes 5G dengan kerjasama Brand New Waves Running Club dan WE ARE KIX. Kempen ini membawakan empat larian komuniti sejauh 5km yang menarik di seluruh Lembah Klang dan ia terbuka kepada semua kumpulan umur. Peserta dan orang ramai juga berpeluang memenangi hadiah menarik melalui aktiviti yang menyeronokkan dan cabaran mini pada setiap acara.

    Dua lokasi pertama di Bukit Bintang dan Putrajaya menyaksikan ratusan pelari dan penyokong menerangi bandar dengan lampu terang, muzik dan keseronokan. Pelari memakai sut dan gelang tangan LED neon yang dibuat khas semasa larian bermula pada waktu malam dalam warna magenta sebagai warna rasmi jenama Yes.

    Larian pertama yang berlangsung di Lot 10, Bukit Bintang mempunyai purata kelajuan Yes 5G sebanyak 870Mbps manakala larian kedua yang berlangsung di Istana Kehakiman, Putrajaya mempunyai purata kelajuan Yes 5G sehingga 900Mbps. Pengguna boleh menikmati prestasi yang lebih pantas tanpa gangguan.

    ‘The Wave’ akan diadakan di dua lagi lokasi iaitu Bukit Jalil pada 17 Jun 2023 (Sabtu) dan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) pada 1 Julai 2023 (Sabtu). Mereka yang berminat untuk menyertai larian perlu mendaftar pada platform media sosial Yes 5G di Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok. Pendaftaran adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat kerana slot yang disediakan adalah terhad.

    17 Jun 2023, Sabtu7.00PM – 10.00PMBukit Jalil, Kuala Lumpur
    1 Julai 2023, Sabtu7.00PM – 10.00PMTaman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

    Larian komuniti ini disokong oleh pelbagai kelab larian di seluruh Malaysia, seperti Garmin Malaysia, KJ Run Club dan Every Move Sports Club. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured