More

    Twitter uji ciri hadkan bilangan DM kepada pengguna yang tidak melanggan Twitter Blue

    Kini, Twitter sedang mengusahakan sekatan akses kepada beberapa ciri yang disediakan secara percuma. Platform ini sedang berusaha untuk mengehadkan bilangan mesej langsung atau DM yang boleh dihantar oleh pengguna jika pengguna itu bukan pelanggan Twitter Blue premium.

    Bilangan DM akan dihadkan kepada 30 untuk pengguna percuma daripada 500 DM setiap hari. Dengan langkah sedemikian, nampaknya syarikat itu menyasarkan untuk mendorong pengguna beralih kepada Twitter Blue, perkhidmatan langganan premium daripada platform yang menawarkan lebih banyak ciri.

    Ciri yang anda boleh dapati pada Twitter Blue termasuk keupayaan untuk membuat asal (undo) tweet, menulis tweet yang lebih panjang, menyematkan tweet di bahagian atas profil dan mengakses beberapa kandungan eksklusif.

    Baru-baru ini, Elon Musk mengesahkan bahawa syarikat itu sedang berusaha untuk mengeluarkan kemas kini yang akan menyekat keupayaan untuk menghantar DM kepada mereka yang mengikuti pengirim sahaja. Hanya pengguna yang disahkan atau pelanggan Twitter Blue akan dapat menghantar DM kepada pengguna yang tidak mengikuti mereka.

    Ciri ini masih dalam ujian dan kami menjangka ia akan dilancarkan dalam beberapa bulan lagi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured