More

    Razer BlackWidow V3 Tenkeyless & Gigantus V2 dilancar di Malaysia, kini boleh didapati bermula RM149

    Hari ini, Razer mengumumkan tiga peranti gaming bertemakan Pokemon dilancarkan di Malaysia dan beberapa negara terpilih lain dalam Asia Pasifik. Pada asasnya, ia adalah pad tetikus Razer BlackWidow V3 Tenkeyless dan Razer Gigantus V2 dengan harga bermula RM149.

    Sebagai permulaan, papan kekunci Razer BlackWidow V3 Tenkeyless dihiasi dengan cetakan Pokéball pada permukaan dan cap kekunci Pokeball yang unik. Ia dilengkapi dengan suis mekanikal Razer Green dan dikuasakan oleh Razer Chroma RGB sambil menampilkan Pikachu dan Eevee di sebelah kekunci anak panah. Papan kekunci ini berharga RM989.

    Kemudian, pad tetikus Razer Gigantus V2 hadir dalam dua varian di mana varian XXL menampilkan semua Eeveelutions bersama Pikachu dan Eevee manakala varian saiz sederhana hanya mempunyai Pikachu dan Eevee. Kedua-dua pad menampilkan tekstur permukaan kain tenunan mikro berketumpatan tinggi yang tebal dan tapak getah anti-gelincir. Saiz sederhana membawa harga RM149 dan sudah tentu XXL berharga RM219.

    Selain Malaysia, peranti gaming edisi Pokemon baharu ini juga boleh didapati sekarang di Taiwan, Hong Kong, Singapura, Filipina, Indonesia dan Thailand. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...