fbpx
More

    Xiaomi 13 Ultra rasmi di Malaysia: Dilengkapi kuad-kamera 50MP Leica berharga RM5,199

    Hari ini, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan ketersediaan Xiaomi 13 Ultra untuk pasaran tempatan. Tempahan akan bermula pada 23 Jun 2023 pada harga RM5,199 yang boleh dibeli di kedai sah Xiaomi dan peruncit rasmi lain di seluruh negara. Untuk pengetahuan, Xiaomi 13 Ultra telah dilancarkan di China pada April lalu dengan tiga varian.

    Tersedia dalam warna hitam, putih dan Hijau Zaitun, pelanggan yang membuat tempahan boleh membawa pulang Set Pencetak Foto Segera Xiaomi 1S bernilai RM619 dengan storan awan 100GB di Google One selama 6 bulan. Selain itu, terdapat juga jaminan lanjutan 1+1 tahun pada peranti premium baharu ini.

    Tawaran adalah terhad dan sementara stok masih ada. Hanya terdapat satu varian yang hadir dalam pasaran Malaysia iaitu model RAM 12GB dan storan 512GB. Selain itu, ia dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Gen 2, bateri 5,000mAh dengan pengecas turbo berwayar 90W, paparan WQHD+ 6.73 inci dengan Dolby Vision.

    Xiaomi 13 Ultra juga mampu merakam video 4K pada 60fps. Xiaomi 13 Ultra merupakan telefon yang memiliki kamera tercanggih dalam barisannya dengan skehadiran empat kamera dengan kanta optik Leica.

    Kameranya meliputi jarak fokus antara 12mm (sudut ultra lebar), 23mm (sudut lebar) dan 75mm (telefoto) kepada 120mm (super-telefoto) serta zum tambahan 46mm dan 240mm melalui In -Sensor-Zoom. Ia juga menampilkan sensor IMX989 1 inci ultra-besar dengan kanta optik Leica dan penukaran apertur antara Æ’/1.9 dan Æ’/4.0.

    Spesifikasi lengkap Xiaomi 13 Ultra:

    • Skrin AMOLED LTPO 6.73 inci, segar semula 120Hz, pensampelan sentuhan 240Hz, keterangan maksimum 2600 nits
    • Cipset Snapdragon 8 Gen 2
    • RAM LPDDR5X 12GB
    • Storan UFS 4.0 512GB
    • Kamera lebar 50MP 1″ Sony IMX 989 (OIS) + ultra lebar 50MP Sony IMX 858 + telefoto 50MP Sony IMX 858 zum optikal hingga 3.2X (OIS) + super-telefoto 50MP Sony IMX 858 dengan zum optikal sehingga 5X zum optikal (OIS)
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 5,000 mAh dengan pengecasan pantas 90W, pengecasan wayarles 50W
    • Dwi-pembesar suara Dolby Atmos
    • MIUI 14 berdasarkan Android 13
    • Port USB-C 3.2, DisplayPort, OTG
    • Harga: RM5,199

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga Snapdragon 8 Gen 4 dijangka mahal, pengeluar telefon perlu pertimbangkan konfigurasi produk

    Qualcomm bersedia untuk beralih kepada teras Oryon suainya dengan pengumuman rasmi Snapdragon 8 Gen 4 yang dijangka berlaku pada bulan Oktober. Peralihan...

    Siri POCO F6 akan dilancar pada 23 Mei 2024, mungkin Redmi K70 yang dijenamakan...

    POCO bakal melancarkan siri telefon pintar POCO F6 dan POCO F6 Pro pada hari Khamis, 23 Mei 2024. Syarikat teknologi itu sebenarnya...

    RUU Keselamatan Dalam Talian akan dibentangkan pada tahun ini

    Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kerajaan akan membentangkan rang undang-undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian sebelum tahun ini berakhir. Pihaknya masih...

    realme GT 6T akan dilancar pada 22 Mei 2024, dilengkapi skrin 6,000 nits, cas...

    Sebelum ini, realme mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan realme GT 6T pada bulan ini, namun tarikhnya tidak diperincikan....

    Siri HONOR 200 akan dilancar pada 27 Mei 2024, terdiri dengan 4 pilihan warna

    HONOR bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan HONOR 200 dan HONOR 200 Pro pada hari Isnin, 27 Mei 2024 di China...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X