More

    BYD Denza N7 dengan kuasa puncak 390kW bakal dilancar Jun ini, anggaran harga bermula ~RM226,500

    BYD baru baru ini telah mengumumkan model N7 Denza telah memasuki fasa pengeluaran. Ia bakal dilancarkan pada akhir Jun dengan penghantaran dijadualkan bermula pada bulan Julai ini. Dengan anggaran julat harga 350,000 hingga 450,000 yuan (~RM226,500 hingga ~RM291,200), Denza N7 disasarkan untuk memberi impak yang ketara dalam pasaran EV.

    BYD Denza N7 adalah segmen SUV bersaiz sederhana 5 tempat duduk. Berukuran 2940mm panjang dan mempunyai kelajuan tertinggi 180km/j, kenderaan itu menawarkan sistem LIDAR yang dapat meningkatkan keselamatan semasa di jalan raya.

    Kabin Denza N7 menampilkan skrin instrumen AR-HUD yang memaparkan maklumat keadaan jalan pada papan pemuka. Sistem Denshi Link digunakan bersama cip 6nm membolehkan penyepaduan yang lancar dengan berjuta-juta aplikasi, teknologi 5G dan audio Devialet.

    Selain itu, ia turut dilengkapi dengan enam skrin pintar yang boleh menetapkan lampu pintar ambien dan mengawal pergerakan untuk bahagian pelindung matahari pada bumbung kereta. Motor pemanduan bagi versi motor tunggal Denza N7 ialah 70kW dan kuasa puncak ialah 230kW.

    Bagi versi dwi-motor pula ialah 75kW (kuasa puncak 160kW) di hadapan dan 70kW (kuasa puncak 230kW) di belakang menghasilkan keseluruhan kuasa 390kW. Ia hadir dengan teknologi pengecasan double gun supercharging yang akan mencapai kecekapan pengecasan berganda.

    Selain itu, Denshi N7 akan menjadi model pertama di dunia yang dilengkapi dengan sistem kawalan badan udara pintar Cloud-A. Kongsi pendapat anda tentang kereta ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured