Hari ini, Acer Malaysia telah melancarkan komputer riba siri TravelMate untuk 2023. Siri Acer TravelMate 2023 terdiri daripada komputer riba TravelMate P2, P4, P4 Spin dan P6. Acer menjadikan komputer riba ini sebahagian daripada inisiatif untuk menjaga alam dengan menampilkan plastik Dikitar Semula Selepas Pengguna (PCR).
Pembungkusan pada semua komputer riba TravelMate menggunakan 100% daripada bahan bebas plastik dan boleh dikitar semula. Acer TravelMate dilengkapi cipset Intel Core Generasi ke-13, pilihan RAM 4GB atau 8GB dan SSD 256GB atau 512GB.



Siri TravelMate P2, P4 dan P6 juga mempunyai Acer Dust Defender yang membersihkan sistem terma setiap 6 jam untuk mengekalkan prestasi terma dalam tempoh yang lama. Selain itu, setiap siri mempunyai spesifikasi tersendiri.
Sebagai contoh, Spin P4 ialah komputer riba boleh dilipat menjadikannya seperti tablet manakala TravelMate P6 mempunyai paparan OLED 14 inci. Komputer riba TravelMate berharga daripada RM3,249, P4 Spin 360 pula berharga RM5,699 manakala P6 bermula daripada RM6,899.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer riba ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






