More

    CelcomDigi agihkan 1,500 komputer untuk 460 sekolah dan universiti awam

    Didorong oleh matlamat Memajukan dan Mengilhamkan Masyarakat, CelcomDigi meneruskan komitmennya untuk memperkasa rakyat Malaysia secara digital khususnya buat komuniti luar bandar. Lebih daripada 1,500 buah komputer yang diperbaharui telah diagihkan kepada 460 buah sekolah dan universiti awam di seluruh negara.

    Ini membolehkan lebih 13,000 pelajar dan belia untuk memanfaatkan kesalinghubungan internet. Sumbangan yang terbaharu telah dibuat sewaktu program ekspedisi basikal di Perlis iaitu Program Kayuhan CelcomDigi Bersama DYMM Pemangku Raja Perlis.

    Konvoi yang dianggotai oleh Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan pasukan CelcomDigi telah berbasikal dari SK Putra Perlis hingga ke PEDi Bintong di Kangar dengan mengagihkan 85 buah komputer kepada wakil daripada 17 buah sekolah di negeri ini.

    CelcomDigi baru-baru ini juga telah membekalkan sambungan Home Fibre di sebuah pusat pembelajaran komuniti, Suriana Education Centre Taman Desaria yang menawarkan tuisyen percuma untuk kanak-kanak dari PPR Taman Desaria.

    Menerusi inisiatif ini, sekitar 60 pelajar dan warga pendidik di pusat ini akan mempunyai akses kepada internet untuk memudahkan aktiviti pembelajaran mereka. Bukan itu sahaja, CelcomDigi menerusi kerjasamanya dengan Malaysian Relief Agency telah menyumbang sebanyak 30 unit telefon pintar terpakai kepada individu kurang upaya yang berdaftar di bawah Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured