More

    PICO XR Malaysia bekerjasama dengan FitXR untuk galakkan senaman sambil menggunakan VR

    Pada hari ini, PICO XR Malaysia mengumumkan kerjasamanya dengan FitXR yang akan membenarkan pengguna set kepala PICO 4 VR untuk bersenam dengan lebih seronok. Bagi menyambut kedatangan FitXR ke dalam peranti PICO XR di Malaysia, mereka mengumumkan kempen senaman WORKOUT PICO ON yang akan berlangsung pada 3 hingga 30 Julai 2023.

    Bermula 19 Jun hingga 1 Julai 2023, PICO mengajak para penggunanya untuk mendaftarkan diri melalui emel dan mereka boleh dapatkan langganan FitXR selama sebulan. Pengguna juga boleh memuat turun aplikasi PICO Fitness App dalam Apple App Store atau Google Play Store untuk menjejak metrik senaman seperti tempoh senaman, pembakaran kalori dan lain-lain.

    Pengguna yang mendaftarkan diri akan menerima pelan senaman selama seminggu dan mereka boleh mengikuti pelan tersebut untuk mendapatkan markah. Pengguna yang mencatatkan markah tertinggi berpeluang untuk memenangi hadiah menarik.

    Pelan senaman itu akan dikongsi pada setiap Ahad melalui emel, serta setiap Isnin dalam laman media sosial Facebook dan Instagram PICO Malaysia.

    Pemarkahan akan dilakukan berdasarkan jumlah kalori yang dibakar (1 Kcal = 1 mata) dan tempoh senaman (1 minit = 1 mata). Para peserta diminta untuk menetapkan maklumat PICO Fitness App mereka kepada awam supaya data senaman mereka boleh disemak.

    Hadiah yang ditawarkan termasuklah:

    1. Tempat pertama: Langganan FitXR 12 bulan + baucar Lazada RM300
    2. Tempat kedua: Langganan FitXR 3 bulan + baucar Lazada RM200
    3. Tempat ketiga: Langganan FitXR 3 bulan + baucar Lazada RM100

    PICO Malaysia telah bekerjasama dengan pakar senaman Jordan Yeoh untuk membangunkan program kesihatan yang menggabungkan pelan senaman FitXR dengan amalan pemakanan sihat. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, anda boleh layari laman media sosial Facebook dan Instagram oleh PICO Malaysia.

    Jika anda berminat untuk memiliki set kepala PICO 4 VR, jangan lupa untuk baca ulasan kami tentangnya.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured