More

    Akaun Grab abang ‘Rider’ tegur warga Singapura telah dikembalikan

    Kini, telah tular mengenai seorang Rider atau penghantar makanan Grab menegur dua warga Singapura mengisi minyak menggunakan tong telah kehilangan kerja selepas akaun Grab miliknya digantung.

    Menerusi perkongsi video di laman Tiktok atas nama matkibot (telah dialih keluar), lelaki tempatan berusia 44 tahun itu berkata, akaunnya telah digantung sejak pukul 6 petang pada 21 Jun lepas. Netizen merasakan keputusan ini tidak adil dan mengambil inisiatif untuk mengalih keluar aplikasi Grab daripada telefon pintar mereka.

    Berdasarkan kenyataan rasmi daripada Grab, syarikat itu mempunyai kod kelakuan untuk melindungi komuniti pengguna dan rakan kongsi berpaksikan kepada kualiti dan keselamatan perkhidmatan. Pihak syarikat juga menggantung akaun Rider tersebut buat sementara waktu semasa menyiasat perkara itu.

    Kes telahpun selesai disiasat dan akaun Rider itu telahpun dikembalikan. Grab mengeluarkan satu lagi kenyataan semalam, “kami menerima pelbagai maklum balas yang bercanggah dan pasukan kami perlu melakukan usaha wajar mereka untuk menyiasat. Kami gembira untuk mengatakan bahawa sejak itu telah mengembalikan pelumba itu dan kami mengucapkan terima kasih atas semua sokongan anda kepadanya”.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured