More

    Fungsi skrin luar Samsung Galaxy Z Flip5 ditambah, boleh paparkan Peta Google

    Peningkatan paling ketara pada Samsung Galaxy Z Flip5 yang akan datang berbanding Z Flip4 ialah paparan penutup yang lebih besar daripada skrin 1.9 inci beresolusi 512×260 piksel kepada 3.4 inci beresolusi 720×748 piksel. Ia boleh menjalankan aplikasi pada penutup paparan dan bukan sekadar widget asas.

    Samsung didakwa telah bekerjasama dengan Google untuk memasukkan aplikasi seperti Peta Google pada skrin penutup. Namun, pada masa ini tidak jelas bahawa fungsi Peta akan tersedia secara menyeluruh seperti yang terdapat pada Moto Razr40 atau hanya fungsi-fungsi tertentu yang boleh digunakan.

    UI Peta menghadapi masalah pada Razr kerana terdapat lubang tebuk kamera pada skrinnya. Bagaimanapun, aplikasi Google lain boleh diakses daripada paparan luaran termasuk Messages dan YouTube. Dalam hal ini, Samsung akan membawa seberapa banyak aplikasi One UI pada paparan penutupnya.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: SamMobile

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured