fbpx
More

    HONOR X50 akan dilancar pada 5 Julai 2023, bakal dilengkapi kamera 108MP

    HONOR mengesahkan bahawa mereka bakal melancarkan telefon pintar HONOR X50 di China pada 5 Julai 2023 jam 7:30 malam. Perkara tersebut disahkan dalam sebuah poster di Weibo yang turut menunjukkan rekaan belakang telefon tersebut.

    Poster itu menunjukkan bonggol kamera berbentuk bulat dengan warna hitam di belakangnya, serupa seperti HONOR X40 sebelum ini. Ia menempatkan kamera utama 108MP dengan saiz sensor 1/1.67 inci dan nilai apertur f/1.75.

    Sebelum ini sebuah telefon HONOR telah mendapat pengiktirafan TENAA dari China dengan nombor model HONOR ALI-AN00 dan ia dipercayai adalah HONOR X50. Menurut pengiktrafan itu, ia bakal dilengkapi skrin AMOLED 6.78 inci, cipset Snapdragon 6 Gen 1, RAM 16GB, storan 512GB dan bateri 5,700mAh.

    Ia turut mendapatkan pengiktirafan 3C yang menyenaraikan pengecasan pantas 35W sebagai salah satu spesifikasinya.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    OnePlusAce 3 Pro bakal dilancarkan pada 27 Jun ini

    OnePlus secara rasmi mengumumkan bahawa ia akan mengadakan acara pelancaran produk baharu pada 27 Jun ini. OnePlus Ace 3 Pro yang dinanti-nantikan...

    Final Cut Camera kini tersedia secara percuma untuk platform iOS

    Jika anda meminati videografi mudah alih, anda mungkin tahu bahawa proses penyuntingan perlu dilakukan pada PC. Terdapat beberapa aplikasi pengeditan video tersedia...

    Moto S50 Neo bakal dilancar sebagai telefon pertama di dunia dengan jaminan 4 tahun

    Lenovo akan memperkenalkan beberapa telefon Motorola baharu pada persidangan pelancaran produk baharu di China pada 25 Jun ini. Jenama itu telah mengesahkan...

    EV pertama Ferrari bakal dilancar pada 2025 dengan harga sekitar ~RM2.53 juta

    Ferrari mungkin menyembunyikan berita tentang kereta elektrik pertamanya tetapi khabar angin menjangkakan tanda harga yang tinggi iaitu sekitar $537,000(~RM2.53 juta), keluaran lewat...

    Lenovo Tab Plus dilancar, miliki 8 pembesar suara JBL dan skrin 2K 11.5″ berharga...

    Lenovo telah melancarkan tablet baharu iaitu Lenovo Tab Plus yang menyasarkan pengguna yang mengutamakan pengalaman multimedia dengan kualiti audio yang hebat. Tablet...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Segalanya yang anda perlu tahu tentang bank digital di Malaysia!

    Konsep "bank digital" kini merupakan sesuatu yang semakin mendapat tempat dalam kesedaran rakyat Malaysia, terutamanya dengan pengenalan dua operator bank dgital yang...
    X