More

    Sony Electronics lancarkan 7 produk baharu dalam barisan pembesar suara dan subwoofer kereta GS

    Hari ini, Sony mengumumkan barisan pembesar suara dan subwoofer kereta GS termasuk pembesar suara XS-162GS, XS-160GS, XS-130GS, XS-690GS dan XS-680GS serta subwoofer XS-W124GS dan XS-W104GS.

    Untuk XS-162GS, XS-160GS, XS-130GS, XS-690GS dan XS-680GS, keempat-empat pembesar suara ini mempunyai woofer kon polipropilena komposit untuk memberikan bass dalam frekuensi pertengahan dan tinggi dengan tweeter.Woofer diperbuat daripada getah buih dihasilkan dengan struktur matriks berisi udara yang ringan dan tahan lama.

    Peresap udara pula memastikan peredaran udara yang cekap untuk perjalanan kon yang lancar dan penyejukan gegelung suara. Labah-labah akustik dioptimumkan manakala tweeter kubah lembut mempunyai tindak balas frekuensi rata dan penyebaran yang lebih luas. Reka bentuk tweeter yang lebih kecil dan bakul woofer membolehkan pemasangan mudah dalam pelbagai jenis kenderaan.

    Namun, XS-162GS membawa sedikit kelainan iaitu palam fasa redaman resonans pada woofer membantu merealisasikan tindak balas frekuensi yang ideal. Selain itu, lekap sudut, penyesuai pelekap permukaan dan rangkaian silang dalam talian membolehkan pemasangan pendawaian mudah direalisasikan utuk pemasangan pelbagai jenis kenderaan.

    Beralih kepada subwoofer XS-W124GS dan XS-W104GS, diafragma kon kertas ringan disambungkan terus ke gegelung suara menghasilkan semula hujung rendah yang ketat. Penutup habuk polipropilena pula memastikan ketegaran dan mengoptimumkan redaman dalaman.

    Seperti pembesar suara, labah-labah akustik dioptimumkan dan wayar plumbum dari gegelung suara juga dijahit pada labah-labah untuk mengelakkan gangguan bunyi. Gegelung suara disokong oleh labah-labah dua lapis manakala keliling getah mengurangkan getaran yang berlebihan menghasilkan tindak balas bass yang padu pada tahap audio yang tinggi.

    Untuk pembungkusan barisan GS, 98% daripada kusyen diperbuat daripada bahan kertas dan maklumat bercetak telah dikurangkan berbanding dengan model sebelumnya. Sekiraya anda berminat dengan barisan pembesar suara dan subwoofer GS, anda boleh klik pada setiap model di sini untuk tahu lebih lanjut mengenai perkara dan fungsi lain yang ditawarkan:

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured