More

    Apple naikkan harga langganan iCloud+ 2TB di Malaysia, berharga RM44.90/bulan

    Apple baru-baru ini telah menaikkan harga langganan bulanan 2TB iCloud+ yang sebelum ini berharga RM39.90/bulan kepada RM44.90/bulan. Berita baik kepada pengguna iPhone bahawa Apple tidak menaikkan harga untuk dua pilihan lain pada iCloud+.

    Peringkat terendah storan awan kekal pada harga 50GB untuk RM3.90/bulan manakala untuk 200GB berharga RM11.90/bulan. Melalui tweet Xavier Naxa, beliau mengesyaki ia ada kaitan dengan kenaikan berterusan Dolar AS dan kadar pertukaran Ringgit yang semakin lemah.

    Sebaliknya, pelan langganan Apple One masih tidak berubah. Untuk Apple One, pelan yang ditawarkan ialah Individu, Keluarga dan Premier yang masing-masing berharga pada RM29.90, RM39.90 dan RM78.90 sebulan.

    Apple One termasuk semua langganan perkhidmatan Apple seperti iCloud, Apple TV+, Apple Music, Apple Arcade dan Apple Fitness. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured