More

    Nokia G42 dilancar: Snapdragon 480+, skrin IPS 90Hz, kamera utama 50MP bermula ~RM1,270

    Seminggu selepas maklumat tentangnya tertiris, HMD Global akhirnya telah melancarkan telefon kelas permulaan yang terbaru iaitu Nokia G42. Buat masa ini ia hanya ditawarkan dalam pasaran Eropah dan ia menampilkan spesifikasi yang agak menarik untuk kategori telefon mampu milik.

    Nokia G42 dilengkapi skrin IPS LCD berukuran 6.56 inci dengan kadar segar semula 90Hz dan resolusi HD+. Bahagian atas skrinnya mempunyai takuk berbentuk titisan air yang menempatkan kamera hadapan 8MP.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Qualcomm Snapdragon 480+, RAM 6GB dan storan dalaman 128GB yang boleh dibesarkan dengan kad memori microSD. Baterinya berkapasiti 5,000mAh dan menyokong kadar pengecasan pantas 20W.

    Sistem operasinya adalah Android 13 dan HMD Global mengatakan ia bakal menerima kemas kini utama selama dua tahun dan kemas kini keselamatan selama tiga tahun. Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP.

    Bahagian luarannya dibuat daripada plastik yang dikitar semula serta menawarkan port USB-C, bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari di bahagian sisi dan rating kalis air IP52. Pilihan warnanya ditawarkan dalam ungu atau kelabu.

    Satu ciri menarik pada telefon ini adalah ia mudah untuk dibaiki sendiri oleh pengguna kerana HMD Global telah bekerjasama dengan iFixit untuk menghasilkan panduan pembaikian dan alat ganti untuknya buat masa lima tahun akan datang.

    Nokia G42 akan dijual di Eropah pada harga EUR249 (~RM1,270) dan setakat ini masih tiada maklumat mengenai penjualannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Nokia

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured