More

    Rekaan dan spesifikasi nubia Red Magic 8S Pro diumum, bakal dilengkapi cas pantas 165W

    Telefon pintar gaming nubia Red Magic 8S Pro bakal dilancar di China pada 5 Julai 2023 dan kini nubia telah pun berkongsi beberapa maklumat asas mengenai peranti tersebut di laman media sosial Weibo.

    Daripada segi rekaan, ia tidak mempunyai banyak perbezaan dengan Red Magic 8 Pro sebelum ini. Perkara yang baharu untuk Red Magic 8S Pro hanyalah pada teks di bahagian belakang, manakala aspek lain pula sama sahaja, termasuklah sisi yang rata, butang gelongsor (slider) untuk mengaktifkan Game Mode, dua butang di bahagian bucu untuk kegunaan sewaktu bermain game dan ketiadaan bonggol kamera di belakang. Warna yang akan ditawarkan adalah perak dan hitam.

    Untuk spesifikasi dalaman, nubia sudah mengesahkan bahawa ia bakal mempunyai bateri berkapasiti 6,000mAh dan kadar pengecasan pantas yang amat tinggi iaitu 165W. Ini adalah dua kali ganda lebih pantas berbanding Red Magic 8 Pro yang mempunyai kadar 80W sahaja.

    Spesifikasi lain yang disahkan untuk Red Magic 8S Pro termasuklah cipset Snapdragon 8 Gen 2 yang mempunyai teras utama Cortex-X3 dengan clock speed 3.36GHz, lebih tinggi berbanding 3.2GHz dalam Red Magic 8 Pro. Ia juga bakal mempunyai RAM 24GB.

    Untuk maklumat lanjut mengenai nubia Red Magic 8 Pro yang dilancar pada Disember lalu, anda boleh baca artikel pelancarannya di sini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured