More

    Siri HONOR 90 akan dilancarkan di Malaysia, tampilkan kamera 200MP

    Khabar angin mengenai siri HONOR 90 yang mungkin dilancarkan di Malaysia ternyata benar. Sebelum ini, HONOR mengumumkan pelantikan pelakon China, Yang Yang sebagai duta global untuk model baharu siri HONOR 90. Pelantikan Yang Yang, rekaan serta warna baharu peranti tersebut membawa kejutan kepada peminat seluruh dunia.

    Sekiranya dilihat balik siri HONOR 90 yang dilancarkan di China, siri ini mendapat peningkatan dengan ciri yang paling mengagumkan iaitu kamera utama 200MP dengan sensor ISOCELL HP3. 

    Varian Pro mempunyai cipset Snapdragon 8+ Gen 1 dan paparan AMOLED 10-bit 6.78 inci dengan resolusi 2700 x 1224 piksel. Panel ini dilengkapi dengan kadar penyegaran 120Hz, sokongan HDR dan kecerahan lebih 1,000 nit. Terdapat dua kamera swafoto yang terletak pada lubang tebuk berpusat dengan sensor 50MP dan 2MP dengan rakaman video 4K.

    Bahagian belakang memiliki kamera utama 200MP dengan sensor 1/1.4”, ultra lebar 12MP FoV 112 darjah dan potret 32MP dengan zum optik 2.5x dan OIS. Bateri 5,000 mAh menyokong pengecasan 90W yang mengambil masa 15 minit untuk mengisi untuk pengecasan 56%. Ia juga dilengkapi dengan pembesar suara stereo dwi dan GPU Turbo X.

    HONOR 90 standard pula didatangkan dengan Snapdragon 7 Gen 1 dan skrin OLED 6.7 inci dengan 2664 x 1200 piksel, 1 bilion warna, kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan puncak ialah 1,600 nits. Ia menampilkan pengecasan 66W dan tidak menyokong pengecasan wayarles. 

    HONOR 90 menampilkan reka bentuk cincin klasik yang diinspirasikan daripada ‘Mirror Luna’ iaitu dua bulatan bertindih dan berbentuk elips. Warna Diamond Silver pula diinspirasikan daripada barang kemas mewah yang halus buatannya. Warna tersebut menonjolkan kecanggihan, kemewahan dan gaya eksklusif.

    Namun, tarikh pelancaran rasminya masih belum diumumkan tetapi kami menjangka ia mungkin dilancarkan pada awal Julai ini. Ketahui lebih lanjut mengenai kemas kini terbaharu di halaman Facebook HONOR Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...