More

    Samsung Galaxy S23 FE muncul dalam pensijilan 3C, dilengkapi pengecasan 25W

    Sebelum ini, terdapat laporan yang mendedahkan imej janaan dan jangkaan tarikh pelancaran Samsung Galaxy S23 FE walaupun Samsung sendiri masih belum mengumumkan secara rasmi kewujudan peranti itu.

    Kini, telefon pintar itu telah muncul dan mungkin ditetapkan untuk dilancarkan tidak lama lagi kerana ia dilihat mendapat pensijilan 3C di China. Menurut sumber, penyenaraian di tapak pensijilan 3C China menunjukkan bahawa peranti yang akan datang itu mempunyai nombor model SM-S7110.

    Di samping butiran pengilang peranti, permohonan pensijilan dan tarikh kelulusan, penyenaraian itu juga menunjukkan beberapa spesifikasi Galaxy S23 FE. Ini termasuk sambungan 5G dan sokongan pengecasan pantas 25W.

    Kita perlu menunggu pengumuman rasmi oleh Samsung untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranti itu. Apakah pendapat anda tentang Galaxy S23 FE? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: MySmartPrice

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured