More

    HONOR 90 Lite 5G dikesan dalam pensijilan IMDA, mungkin dilancar untuk pasaran Asia kelak

    Sebelum ini, terdapat kiriman mengenai HONOR Malaysia mengacah potensi pelancaran HONOR 90 di negara kita tidak lama lagi dan berkemungkinan besar dilancar secara serentak dengan pelancaran global pada 6 Julai ini.

    Siri HONOR 90 mungkin merangkumi 90 Lite 5G yang baru-baru ini dilihat mendapat pensijilan Infocomm Media Development Authority (IMDA). Menurut sumber, 90 Lite 5G mempunyai nombor model CRT-NX1 dan dijangka dilancarkan di Singapura.

    Oleh itu, kemungkinan besar pensijilan IMDA merujuk kepada pelancaran peranti di rantau ini termasuk Malaysia. 90 Lite 5G sebelum ini diumumkan oleh HONOR di laman web rasmi Eropah mendedahkan spesifikasi dan cirinya. Harganya juga baru diumumkan bermula daripada EUR299 (~RM1,514).

    90 Lite 5G berkemungkinan adalah X50i yang dijenamakan semula untuk China sahaja yang dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 6020 yang dipasangkan dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Paparan pula menggunakan skrin LCD 90Hz LTPS 6.7 inci dengan resolusi FHD+ dan nisbah aspek 19:9:9.

    Tidak diketahui sama ada 90 Lite 5G akan mengekalkan spesifikasi yang sama seperti versi Eropah atau mempunyai perubahan untuk pasaran Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan...

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Google Pixel Watch 5 dan Pixel Tag dilancar dengan harga bermula RM139

    Google secara rasmi melancarkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak pintar pertama mereka, Pixel Tag. Pixel Watch 5 hadir dalam...

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured