fbpx
More

    Siri Razer Cobra dilancar di Malaysia, miliki 10 butang kawalan individu bermula RM205

    Baru-baru ini, Razer memperkenalkan siri Razer Cobra baharu dengan menawarkan dua model iaitu Razer Cobra Pro dan Razer Cobra. Cobra Pro merupakan tetikus gaming yang hadir dengan 10 kawalan yang boleh ditetapkan, 5 profil memori onboard dan 11 zon Chroma RGB yang boleh ditetapkan secara individu.

    Terdapat 7 butang di bahagian atas, 2 di sisi dan 1 di bahagian bawah yang menawarkan ketercapaian yang pantas. Terdapat juga ciri Hypershift baharu yang mendayakan set fungsi kedua buat sementara waktu di atas penetapan butang sedia ada.

    Pengguna boleh menyediakan sehingga 5 profil memori onboard Razer Synapse. Selain itu, Razer turut menyepadukan ciri Peredupan Pintar untuk pemain bagi menjimatkan bateri semasa bermain. Seperti Razer Basilisk V3 Pro, Cobra Pro mempunyai sensor Optik Focus Pro 30K, Suis Tetikus Optik Gen-3 dan HyperSpeed.

    Terdapat juga kadar respon 4000Hz dengan Razer Mouse Dock Pro (dijual berasingan) atau Razer HyperPolling Wireless Dongle. Tetikus gaming ini seberat 77g sahaja serta mempunyai sehingga 100 jam permainan pada HyperSpeed Wireless dan 170 jam dengan menggunakan Bluetooth.

    Sebaliknya, Razer Cobra direka lebih untuk pemain kasual yang lebih suka tetikus gaming ringan alternatif dengan suis tahan lama, 8 kawalan boleh disesuaikan dan cahaya bawah Chroma. Ia mungkin tidak semewah Cobra Pro tetapi Razer mengatakan tetikus gaming ini mempunyai ketepatan yang luar biasa juga.

    Razer Cobra Pro dan Razer Cobra boleh didapati pada harga RM659 dan RM205 di Razer.com dan peruncit sah yang lain. Untuk maklumat lanjut mengenai barisan Razer Cobra, anda boleh melayari laman web rasmi Razer Malaysia di sini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Ini adalah senarai ciri AI yang diumumkan pada acara Google I/O 2024

    Pada acara Google I/O, Google turut memperkenalkan beberapa kemas kini baharu pada Gemini AI. Terdapat versi Gemini 1.5 Flash baharu, Gemma 2,...

    Google Veo dilancar, boleh hasilkan video AI beresolusi 1080p daripada arahan teks

    Selepas OpenAI melancarkan teknologi penghasilan video berdasarkan model kecerdasan buatan (AI) Sora, kini Google pula melancarkan teknologi yang serupa iaitu Veo. Ia...

    Peranti Android akan datang boleh kesan panggilan penipuan dengan sokongan AI

    Dalam Persidangan Pembangun I/O 2024 yang diadakan hari ini, Google mengumumkan pengenalan fungsi pengesanan panggilan penipuan AI untuk sistem Android. Sistem AI...

    Google Photos bakal integrasikan Ask Photos untuk bantu pengguna cari gambar, jana kapsyen

    Acara Google I/O telah diadakan beberapa jam yang lalu dan syarikat itu mengumumkan banyak fungsi AI. Salah satu sorotan ciri AI pada...

    Google akan sediakan “filter” khas untuk carian laman web yang bukan dijana oleh AI

    Dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin maju pada waktu ini, perkhidmatan enjin carian Google mengumumkan bahawa mereka akan memaparkan hasil carian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X