More

    CelcomDigi lancarkan siri MY5G, bantu perniagaan PMKS sambil manfaatkan potensi 5G di Malaysia

    CelcomDigi Berhad melancarkan sesi pertama daripada tiga bahagian Meja Bulat CEO MY5G 2023 sebagai sebahagian daripada siri CelcomDigi MY5G untuk membantu perniagaan merealisasikan potensi sebenar 5G di Malaysia. 

    CelcomDigi bekerjasama dengan Axiata, Telenor, Capgemini, Ericsson, HUAWEI, Kearney, Microsoft dan ZTE ingin memanfaatkan kuasa 5G serta teknologi-teknologi disruptif seperti AI dan IoT di samping mentransformasi industri dalam pasaran-pasaran utama. 

    Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan CelcomDigi, Afizulazha Abdullah berkongsi rangkaian 5G mampu memajukan industri-industri seperti pertanian, tenaga, perkhidmatan kewangan, perkhidmatan kesihatan, pembuatan, pelabuhan, hartanah, utiliti dan infrastruktur antara lainnya.

    Beliau turut menyatakan bahawa sempena pelancaran siri MY5G CelcomDigi ini, syarikat ini juga akan memperkenalkan acara persidangan perniagaan dan pameran teknologi 5G berskala besar di Kuala Lumpur dalam beberapa bulan akan datang. Ini bertujuan untuk membantu perniagaan mengenal manfaat digitalisasi serta penggunaan dan aplikasi 5G.

    Sebuah siri bengkel digital untuk PMKS juga akan dianjurkan di beberapa negeri atas sebahagian daripada inisiatif syarikat ini. Dalam pada itu, CelcomDigi sedang menawarkan kemudahan sambungan 5G melalui kempen Jom 5G Bersama dengan beberapa pelan pascabayar, prabayar dan perniagaan di samping pakej pembelian peranti yang menampilkan telefon 5G.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...