More

    Xiaomi MIX Fold 3 dengan sokongan kamera Leica bakal dilancar pada Ogos 2023

    Presiden Xiaomi, Lu Weibing mengumumkan bahawa Xiaomi MIX Fold 3 akan dilancarkan pada bulan Ogos tahun ini. Pengumuman ini boleh didapati pada akaun Weibonya yang mengatakan kilang pintar baharu telah dilancarkan secara rasmi dan model pertama yang akan dikeluarkan secara besar-besaran adalah MIX Fold 3.

    Nampaknya, akan terdapat banyak peningkatan daripada segi sistem dan reka bentuk MIX Fold 3 yang mungkin menjadi lebih nipis dan tahan lasak. Dalam masa yang sama, ia juga akan mempunyai kamera berjenama Leica.

    Xiaomi MIX Fold 2 dilancarkan pada bulan Ogos tahun lepas mengikut gaya terkini dalam pasaran telefon boleh lipat. Ia mempunyai ketebalan 5.4mm apabila dibuka dan berukuran 11.2mm apabila dilipat. Peranti ini mempunyai berat sekitar 262 gram. Paparan luar Xiaomi MIX Fold 2 menampilkan panel Samsung E5 AMOLED 6.5 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar penyegaran 120Hz serta dilindungi dengan Corning Gorilla Glass Victus. 

    Namun, ia dijangka hanya disediakan untuk pasaran China seperti pendahulunya. Ia juga dikhabarkan akan hadir dengan kamera swafoto dalam paparan pada skrin lipatan utama, lensa zum periskop 5x di bahagian belakang, cipset Snapdragon 8 Gen 2 dan sokongan pengecasan wayarles 50W.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured