More

    Redmi Watch 3 Active rasmi di Malaysia, harga promosi terawal pada RM129

    Selain Redmi 12 yang diumumkan baru-baru ini, satu lagi produk yang akan dibawa oleh Xiaomi Malaysia pada 7 Julai ini ialah Redmi Watch 3 Active. Berbanding dengan Redmi Watch 3, Redmi Watch 3 Active mempunyai LCD 1.83 inci yang lebih besar sedikit serta dilengkapi dengan tali hijau dan kuning.

    Selain itu, ia mempunyai ciri pemantauan kesihatan biasa seperti oksigen darah dan kadar denyutan jantung, lebih 100+ mod kecergasan, penarafan rintangan air 5ATM dan lain-lain. Ia juga mempunyai lebih 200+ muka jam tetapi muka jam album semasa hanya untuk Android.

    Menurut Xiaomi, ia mempunyai hayat bateri sehingga 12 hari secara purata dan sehingga 8 hari hayat bateri jika digunakan secara optimum. Selain itu, jam tangan juga menyokong panggilan telefon Bluetooth yang digandingkan dengan telefon anda. Perlu diingat bahawa panggilan suara daripada aplikasi pihak ketiga tidak disokong.

    Untuk tempoh singkat dari 7 hingga 9 Julai 2023, jam tangan intar in akan mendapat promosi diskaun pada harga RM129 (harga asal RM179). Kepada yang berminat, anda boleh membelinya di Lazada atau Shopee.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured