More

    OPPO Enco Air3 Pro dilancar di Malaysia: Penarafan IP55 dan kependaman 47ms pada RM399

    OPPO Malaysia hari ini mengumumkan OPPO Enco Air3 Pro, fon telinga diafragma gentian buluh dengan ANC (Pembatalan Bunyi Aktif) boleh suai. Fon telinga ini menghasilkan butiran bunyi terbaik melalui transmisi hi-fidelity LDAC yang menyampaikan prestasi akustik yang diperakui Hi-Res Audio.

    OPPO Enco Air3 Pro menampilkan diafragma gentian buluh pertama di dunia, 60% lebih ringan, redaman dalaman 63% dengan penghalang 40kHz dan menyokong protokol LDAC yang boleh menghantar audio pada kadar bit sehingga 990kbps. Ia juga menawarkan ciri utama termasuk Golden Sound 2.0, penalaan Enco Master dan OPPO Alive untuk menyampaikan bunyi jelas.

    Selain itu, dwi mikrofon + algoritma pembatalan hingar AI mengurangkan bunyi latar belakang manakala mod telus memastikan anda boleh berkomunikasi dengan rakan anda tanpa perlu menanggalkan fon telinga. Ia menyokong Bluetooth 5.3 dengan kependaman fon telinga 47ms untuk sambungan yang lebih stabil.

    Fon telinga ini boleh disambungkan ke dua peranti pada masa yang sama. Ia mampu bertahan selama 7 jam dan 20 jam dengan bekas pengecas. Fon telinga ini juga sesuai untuk kegunaan suka kerana ia mempunyai penarafan kalis air dan habuk IP55.

    OPPO Enco Air3 Pro boleh didapati di pasaran sekarang dengan harga runcit RM399 dalam warna hijau dan putih. Anda boleh dapatkan OPPO Enco Air3 Pro di My OPPO Space, kedai jenama OPPO dan pengedar sah OPPO atau dalam talian melalui platform e-dagang. Ketahui lebih lanjut mengenai kemas kini dan peranti baharu atau mengenai siri OPPO Reno10 di laman web rasmi OPPO di sini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured