More

    Siri Red Magic 8S Pro dilancar: SD 8+ Gen 2, RAM 24GB dan cas pantas 165W bermula ~RM2,569

    nubia baru-baru ini telah melancarkan siri Red Magic 8S Pro di China dengan beberapa spesifikasi dan ciri yang mantap. Ia termasuk varian dengan RAM 24GB! Terdiri daripada Red Magic 8S Pro dan Red Magic 8S Pro+, kedua-duanya mempunyai spesifikasi yang sama kecuali varian Pro+ menawarkan sehingga dua kali ganda RAM dan storan.

    Siri ini dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 2 yang serupa dengan cipset Snapdragon for Galaxy yang terdapat pada siri Samsung Galaxy S23. Red Magic 8S Pro ditawarkan RAM LPDDR5X sehingga 12GB dan storan UFS 4.0 sehingga 512GB. Red Magic 8S Pro+ pula menawarkan RAM sehingga 24GB dan storan 1TB.

    Terdapat juga sistem penyejukan ICE 12 yang dipertingkatkan untuk prestasi terma yang lebih baik dan bateri 6,000mAh dengan sokongan pengecasan 165W. Bagi paparan, siri ini menampilkan panel AMOLED 6.8 inci 120Hz dengan resolusi 1116 x 2480 yang dilindungi oleh Gorilla Glass 5.

    Terdapat juga kamera swafoto 16MP yang diletakkan di bawah paparan dan bahagian belakang dilengkapi tiga kamera 50MP. Spesifikasi lain termasuk bicu audio 3.5mm dan dwi pembesar suara dengan DTS:X Ultra Sound. Harga Red Magic 8S Pro bermula pada CNY4000 (~RM2,599) untuk varian 8/128GB dan varian 12/512GB berharga CNY5699 (~RM3,661).

    Red Magic 8S Pro+ pula berharga CNY5499 (~RM3,532) untuk varian 16/256GB dan CNY7499 (~RM4,817) untuk pilihan RAM 24GB dan storan 1TB. Namun, nubia masih belum memberikan kenyataan rasmi tentang ketersediannya untuk pasaran global. Apa pendapat anda tentang siri Red Magic 8S Pro?

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured