More

    Red Magic Gaming Tablet dilancar: Dilengkapi skrin 12.1 inci, cipset SD 8+ Gen 1 bermula ~RM2510

    Selain melancarkan telefon pintar gaming Red Magic 8S Pro di China, ZTE turut melancarkan tablet pertama untuk jenama gaming tersebut iaitu Red Magic Gaming Tablet. Peranti ini dilengkapi skrin yang besar dan spesifikasi canggih untuk mereka yang gemar bermain game mudah alih dalam skrin yang besar.

    Skrinnya mempunyai panel IPS LCD berukuran 12.1 inci dengan resolusi 2.5K (1600×2500), kadar segar semula 144Hz, kadar bacaan sentuh 240Hz, gamut warna DCI-P3 100% dan kecerahan puncak 600 nits. Tablet ini dilengkapi empat pembesar suara dengan penalaan DTS.

    Memandangkan saiz skrinnya yang agak besar, tablet ini boleh dipautkan dengan papan kekunci dan tetikus khas untuk pengalaman penggunaan seperti komputer riba.

    Untuk spesifikasi dalaman, ia dilengkapi cipset Snapdragon 8+ Gen 1, RAM LPDDR5X, storan dalaman UFS 3.1, bateri 10,000mAh dan pengecasan pantas 80W. Ia turut dilengkapi sistem penyejukan ICE Magic Cooling yang dikatakan boleh merendahkan suhu sebanyak 5°C sewaktu bermain game.

    Red Magic Gaming Tablet akan dijual di China pada harga bermula CNY3,899(~RM2,510) untuk varian 12GB+256GB. Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured