More

    Siri HUAWEI WATCH 4 dilancar di Malaysia: Pemeriksaan pernafasan dan tidur bermula RM1,999

    Siri HUAWEI WATCH 4 baru dilancarkan sebentar tadi untuk pasaran Malaysia yang terdiri daripada HUAWEI WATCH 4 dan HUAWEI WATCH 4 Pro. Dengan jam tangan pintar ini, pengguna boleh menguruskan kesihatan mereka dan lebih proaktif.

    HUAWEI WATCH 4 Pro menampilkan sarung titanium gred aeroangkasa memberikan rekaan mewah dengan Spherical Sapphire Glass pada dail jam tangan. HUAWEI WATCH 4 pula hadir dengan sarung keluli tahan karat hitam dan kaca melengkung 3D yang membawakan gaya futuristik.

    HUAWEI WATCH 4 Pro mempunyai skrin fleksibel Polycrystalline Oxide (LTPO) suhu rendah 1.5 inci dengan nisbah skrin-ke-badan 71.72% dan cekap tenaga serendah 1Hz untuk paparan sentiada hidup (Always-On-Display) . HUAWEI WATCH 4 mempunyai paparan fleksibel LTPO 1.5 inci dengan nisbah skrin-ke-badan sehingga 74% dan bezel nipis 0.855mm. Kedua-dua jam tangan pintar menyokong sehingga 30 meter selam, rintangan air renang 5ATM dan mempunyai penarafan IP68 .

    Selain itu, versi Pro dilengkapi dengan tali kulit coklat gelap dengan kemasan buatan tangan untuk rupa kontemporari yang halus manakala versi standard menampakkan tali Fluoroelastomer Hitam dengan rupa yang sporty dan minimalis yang juga mudah dibersihkan.

    Siri kali ini mempunyai ciri pemeriksaan pernafasan baharu seperti kadar pernafasan, julat SpO2 dan bunyi batuk bersama-sama dengan maklumat risiko seperti merokok atau pencemaran udara, menilai kesihatan paru-paru dengan bantuan algoritma analisis spektrum pernafasan proprietari.

    HUAWEI WATCH 4 mempunyai pemantauan tidur lanjutan dengan HUAWEI TruSleep 3.0, ciri penjejakan tidur yang merekodkan kualiti tidur, mengesan tempoh tidur pengguna secara automatik dan menyediakan struktur tidur termasuk tidur ringan, tidur nyenyak, REM dan terjaga. Ia menganalisis berbilang parameter fisiologi berdasarkan pergerakan badan, kadar denyutan jantung dan HRV.

    HUAWEI WATCH 4 akan disediakan di seluruh negara mulai 7 Julai 2023 pada harga RM1,999 manakala WATCH 4 Pro pula disediakan mulai 15 Julai 2023 pada harga RM2,499 di semua HUAWEI Experience Store, laman web rasmi HUAWEI, kedai rasmi HUAWEI di Shopee dan Lazada.

    Setiap pembelian siri HUAWEI Watch 4, pelanggan akan menerima EasyFit 2 Strap percuma bernilai RM169 dan muka jam “Universe Roaming” yang boleh ditebus bernilai RM39.90.
    Untuk maklumat lanjut, kemas kini atau promosi terkini tentang siri HUAWEI WATCH 4, sila lawati laman web rasmi HUAWEI, halaman Facebook HUAWEI atau Instagram.

    "
    "

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured