More

    Samsung muat naik filem pendek seram, promosikan keluaran Galaxy Z Flip5

    Samsung telah mengumumkan tarikh acara Galaxy Unpacked seterusnya yang akan berlangsung di Korea Selatan pada 26 Julai 2023. Pada acara itu, syarikat itu dijangka akan memperkenalkan Galaxy Z Flip5, bersama Galaxy Z Fold5, siri Galaxy Watch6 dan barisan Galaxy Tab S9.

    Syarikat itu juga telah memuat naik filem pendek seram iaitu kempen “Join the flip side” musim kedua. Musim pertama dikeluarkan pada September lalu mengiklankan Galaxy Z Flip4. Video kali ini mendedahkan Galaxy Z Flip5.

    Pada era semasa, telefon lipat sudah tidak lagi asing malah dilihat sebagai satu kemewahan dan futuristik. Berdasarkan filem pendek itu, “perkara yang paling mereka takuti sebenarnya adalah perkara yang paling mereka mahukan”. Dalam pada itu, Samsung sering mengeluarkan iklan mengusik Apple seperti yang pernah berlaku pada tahun lepas.

    Adakah tahun ini Samsung akan mengeluarkan iklan mengusik Apple lagi? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured