More

    HUAWEI MateBook D 14 dan MateBook 16s dilancar di Malaysia, bermula RM3,199

    Selain melancarkan siri HUAWEI nova 11, HUAWEI turut mengemas kini barisan komputer riba MateBook dengan mengumumkan HUAWEI MateBook D 14 dan D 16s. Komputer riba ini akan dilancarkan pada 15 Julai dan mulai sekarang hingga 13 Ogos 2023, pelanggan boleh mendapatkan komputer riba dalam siri ini dengan hadiah bernilai sehingga RM1,358.

    MateBook D 14 dilengkapi paparan IPS FHD FullView 14 inci dengan nisbah skrin-ke-badan 90% serta diperakui dengan TÜV Rheinland Low Blue Light dan DC Dimming Flicker Free. Ia hadir dengan berat hanya 1.39kg dan diperbuat daripada badan logam.

    MateBook D 14 dilengkapi oleh cipset Intel Core Generasi Ke-12 yang mengguna pakai SuperFin 10nm baharu Intel dengan 12 teras dan 16 benang. Pengguna juga boleh menggunakan mod Super Turbo untuk kerja yang lebih berat.

    MateBook 16s pula dilengkapi dengan cipset Intel Core i9 Generasi ke-13, skrin sentuhan dengan warna tepat beresolusi 2.5K dengan kecerahan puncak 400nits. HUAWEI juga menaik taraf komputer riba dengan Antena Metaline baharu untuk sambungan rangkaian yang stabil serta Peningkatan Suara Peribadi yang dipertingkatkan untuk persidangan video.

    MateBook D 14 hadir dalam warna perak dan mempunyai dua varian iaitu 8/512GB dan 16/512GB masing-masing pada harga RM3,199 dan RM3,399 dengan pakej percuma termasuk Microsoft 365, beg galas HUAWEI serta Watch Fit.

    MateBook 16s dengan storan 16/1TB berharga RM6,999 hadir dengan hadiah yang sama tetapi mempunyai tambahan iaitu pembesar suara HUAWEI Sound Joy. HUAWEI MateBook D 14 dan D 16s boleh didapati di laman rasmi HUAWEI, Shopee dan Lazada.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    EU KIDS Act diperkenal untuk lindungi kanak-kanak bawah 15 tahun

    Suruhanjaya Eropah telah mengumumkan cadangan rasmi bagi rang undang-undang EU KIDS Act yang bertujuan mempertingkatkan keselamatan kanak-kanak dalam talian di seluruh Kesatuan...

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured