HONOR 90 yang bakal dilancarkan kini boleh didapati pada serendah RM1 untuk masa terhad sahaja mulai dari 7 Julai hingga 20 Julai 2023.
Tawaran eksklusif RM1 ini termasuk baucar bernilai RM20 untuk pembelian siri HONOR 90 sambil berpeluang untuk memenangi telefon pintar HONOR 90 5G. HONOR akan memilih satu pemenang bertuah untuk setiap 500 penyertaan.
Untuk pengetahuan anda, HONOR 90 didatangkan dengan Snapdragon 7 Gen 1 dan skrin OLED 6.7 inci dengan 2664 x 1200 piksel, 1 bilion warna, kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan puncak ialah 1,600 nits. Ia menampilkan pengecasan 66W dan tidak menyokong pengecasan wayarles.
Klik di sini untuk baca terma dan syarat penyertaan, dan ketahui lebih lanjut mengenai tawaran ekskusif RM1 di laman web rasmi HONOR. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






