More

    realme Pad 2 muncul dalam pensijilan SIRIM, mungkin dilancar di Malaysia kelak

    Banyak berita dan khabar angin mengenai Pad realme 2 yang tertiris dalam laman web dan kini ia muncul di dalam penyenaraian Standard & Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM). Walaupun tablet itu belum diumumkan oleh realme, berkemungkinan besar pelancaran di Malaysia akan berlaku kerana peranti itu telah dikesan mendapat pensijilan SIRIM.

    Tablet itu menerima kelulusan pada 28 Jun dan disahkan sebagai Pad 2 oleh SIRIM. Tambahan, peranti itu juga mempunyai nama kod RMP2204 dengan nama pemohon ialah DTL Malaysia Sdn Bhd. Malangnya, pensijilan SIRIM tidak mendedahkan spesifikasi dan ciri tablet tersebut.

    Menurut khabar angin sebelum ini, Pad 2 dikuasakan oleh cipset MediaTek Helio G99 yang dipasangkan dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Selain itu, tablet mungkin mempunyai bateri 8,360mAh dengan sokongan pengecasan 33W melalui USB-C, kamera utama 20MP dan pembesar suara quad.

    Dengan kelulusan SIRIM, kami mungkin akan mendapat pengesahan rasmi mengenai Pad 2 oleh realme Malaysia tidak lama lagi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured