More

    Aplikasi TikTok Music dilancarkan, harga bermula ~RM14/bulan

    Baru-baru ini, Meta telah melancarkan aplikasi seakan Twitter yang dipanggil Threads dan kini, TikTok pula melancarkan apliaksi yang seakan Spotify iaitu TikTok Music. Aplikasi penstriman muzik ini dilancarkan untuk menyaingi Spotify. Syarikat induk TikTok, ByteDance telah pun dikesan membangunkan perkhidmatan langganan muzik tahun lepas.

    Menurut sumber, TikTok Music telah dilancarkan di Indonesia dan Brazil membolehkan pengguna TikTok di kedua-dua negara menyegerakkan akaun mereka untuk menyimpan lagu yang didengar dalam video TikTok serta menstrim versi penuh lagu tersebut.

    Tambahan, ByteDance menyasarkan untuk menjadikan aplikasi itu bersaing dengan gergasi penstriman muzik Spotify, Apple dan Amazon. Terdapat juga ciri sukan dalam TikTok Music termasuk pendengaran tanpa iklan, tanpa gangguan dan fungsi muat turun untuk main balik luar talian.

    Semasa pelancaran, TikTok Music menawarkan percubaan percuma selama sebulan. Namun, tidak seperti Spotify, TikTok Music tidak akan mempunyai peringkat keahlian percuma yang disokong iklan. Yuran langganan bermula pada IDR44900 (~RM14/bulan) untuk pengguna Android di Indonesia dengan versi iOS lebih mahal sedikit pada IDR49000 (~RM15/bulan).

    Tidak diketahui sama ada TikTok Music akan dilancarkan di Malaysia atau tidak. Tetapi berdasarkan ciri TikTok Shop sebelum ini, kami menjangkakan ia akan tersedia di negara kita dalam masa terdekat.

    Jadi, apakah pendapat anda tentang TikTok Music? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Forbes

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured