More

    Google Malaysia tawarkan kursus percuma kepada syarikat kecil untuk mengharungi cabaran COVID-19

    Bagi mengurangkan kegusaran yang dialami oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sewaktu wabak COVID-19 ini menjejaskan perniagaan mereka, Google Malaysia menawarkan kursus percuma untuk memberi panduan dalam mengharungi masa yang tidak menentu ini.

    Dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Google melancarkan kursus khas dalam program Mahir Digital Bersama Google secara percuma daripada 16 hingga 30 April. Kursus selama sejam itu akan memberi panduan kepada PKS dalam mengekalkan hubungan bersama para pekerja dan pelanggan.

    PKS yang berminat boleh mendaftar dalam mana-mana ruang masa yang terdapat dalam jadual kursus tersebut. Namun jika mereka tidak dapat meluangkan masa untuk menghadirnya, mereka boleh memuat turun aplikasi Google Primer untuk belajar kemahiran keusahawanan dalam masa mereka sendiri. Selain itu, laman web Grow with Google juga sarat dengan panduan untuk PKS dalam mengoperasi perniagaan mereka.

    Adakah anda akan menyertai kursus Mahir Digital Bersama Google atau menggunakan mana-mana perkhidmatan Google dalam mengembangkan perusahaan anda pada waktu COVID-19 ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured