More

    Spesifikasi Xiaomi 13T Pro tertiris dalam Geekbench, mungkin dilancar pada 1 September 2023

    Selepas melancarkan Xiaomi 13 Ultra pada bulan lalu, kini Xiaomi dijangka akan melancarkan varian seterusnya untuk siri telefon pintar tercanggih itu iaitu Xiaomi 13T Pro. Xiaomi masih belum mendedahkan peranti ini secara rasmi, namun spesifikasi untuk telefon ini telah tertiris dalam penanda aras Geekbench.

    Menurut Geekbench, Xiaomi 13 Pro bakal mempunyai nombor model 23078PND5G manakala spesifikasi utamanya termasuklah RAM 16GB dan cipset MediaTek Dimensity dengan kelajuan clock 3.35GHz, namun nama modelnya tidak diperincikan selain daripada nama kod “corot”. Geekbench turut menunjukkan markah penanda aras sebanyak 1,289 mata untuk ujian teras tunggal dan 3,921 untuk ujian multi-teras.

    Cipset ini bakal mempunyai empat teras prestasi 3.0GHz dan tiga teras kecekapan 2.0GHz, manakala unit grafik pula adalah Mali-G715 Immortalis MC11. Jika dilihat pada ciri-ciri cipset tersebut, ia mungkin adalah MediaTek Dimensity 9200+.

    Sementara itu, RAM 16GB juga bakal bermaksud bahawa telefon ini bakal mempunyai jumlah RAM tertinggi untuk sebuah telefon Xiaomi T. Storannya pula ditawarkan dalam 256GB atau 512GB.

    Spesifikasi lain yang dikhabarkan untuk Xiaomi 13 Pro termasuklah bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 67W, manakala kameranya mungkin mengekalkan teknologi Leica yang terdapat pada varian lain dalam Xiaomi 13 sebelum ini.

    Sebelum ini, Xiaomi 13 Pro dilihat telah mendapat pengiktirafan IMDA dari Singapura, jadi ia mungkin akan dilancarkan dalam masa terdekat.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MySmartPrice

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    EU KIDS Act diperkenal untuk lindungi kanak-kanak bawah 15 tahun

    Suruhanjaya Eropah telah mengumumkan cadangan rasmi bagi rang undang-undang EU KIDS Act yang bertujuan mempertingkatkan keselamatan kanak-kanak dalam talian di seluruh Kesatuan...

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured