More

    Sambut perayaan secara ‘online’- Masyarakat Sikh sambut Tahun Baru melalui e-Vaisakhi

    Perayaan Tahun Baru masyarakat Sikh di Malaysia disambut secara dalam talian (online), semalam. Perayaan Tahun Baru ini dipanggil Vaisakhi, disambut oleh kira-kira 120,000 masyarakat Sikh di Malaysia. Untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berjalan, sambutan perayaan ini diadakan secara dalam talian melalui e-Vaisakhi.

    e-Vaisakhi membenarkan masyarakat menghayati keindahan nyanyian lagu keagamaan (kirtan) yang dinyanyikan oleh kumpulan lagu keagamaan (ragi jathas). Terdapat juga bacaan kitab keagamaan Sri Guru Granth Sahib Ji melalui siaran dalam talian melalui Facebook.

    Jadi, memandangkan tempoh PKP dilanjutkan sehingga 28 April, rakyat Muslim di Malaysia juga boleh menyambut kedatangan bulan Ramadhan bersama keluarga secara dalam talian pada minggu hadapan. Anda mungkin berjauhan dengan keluarga, tetapi inilah masanya untuk menggunakan kemudahan teknologi agar sentiasa dekat di hati.

    Kami berharap agar Malaysia dapat pulih daripada penularan COVID-19. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured