More

    Mac Studio dan Mac Pro kini boleh didapati di Malaysia bermula pada RM9,499 dan RM32,999

    Selain Apple Macbook Air 15″, Mac Studio dan Mac Pro juga boleh didapati di Malaysia mulai hari ini. Di bawah, kami akan terangkan spesifikasi yang ditawarkan oleh kedua-dua peranti.

    Bermula dengan Mac Studio, ia merupakan komputer desktop berwarna perak yang disokong oleh cip Apple M2 Ultra dan M2 Max. M2 Max memberi prestasi sehingga dua kali ganda manakala Cip M2 Ultra hadir dengan CPU 24 teras dan GPU 76 teras.

    Memori yang ditawarkan adalah RAM sehingga 192GB dan storan sehingga 8TB. Mac Studio ini menyokong lapan paparan dengan resolusi sehingga 4K pada 60Hz, enam paparan dengan resolusi sehingga 6K pada 60Hz dan tiga paparan dengan resolusi sehingga 8K pada 60Hz.

    Spesifikasi lain termasuk Thunderbolt 4, HDMI, bicu audio 3.5mm, pembaca kad memori SDX, 2x USB-A, LAN 10GB, sambungan Bluetooth 5.3 dan pembesar suara binaan dalam.

    Kemudian, Mac Pro membawa cip M2 Ultra baharu dengan konfigurasi memori dan storan yang sama seperti Mac Studio. Cipset yang digunakan memberi CPU 24 teras dengan prestasi 16 teras, kecekapan 8 teras, GPU 60 teras, enjin neural 32 teras dan jalur lebar memori 800GB/s.

    Spesifkasi lain yang ditawarkan termasuk tiga port USB-A, lapan port Thunderbolt 4, dua port HDMI dengan sokongan resolusi sehingga 8K pada 60Hz atau resolusi 4K pada 240Hz, dua port Ethernet 10Gb, sambungan Bluetooth 5.3, pembesar suara binaan dalam dan bicu audio 3.5mm. Ketinggiannya berukuran 52.9cm dan lebar pada 45cm dengan berat 17.21kg.

    Mac Studio boleh didapati bermula RM9,499 manakala Mac Pro pula dijual pada harga bermula RM32,999. Anda boleh dapatkan kedua-dua peranti ini di laman web rasmi Apple. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...