More

    Samsung Galaxy Z Flip5 dan Fold5 dijangka bawa storan bermula dengan 256GB pada ~RM6,152

    Menurut berita terkini, pemberi maklumat “billbil_kun” berkongsi harga telefon lipat Samsung Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5 di pasaran Perancis. Dikatakan bahawa Samsung Galaxy Z Flip5 akan bermula dengan storan 256GB 1,199 euro (~RM6,152). Varian ini adalah 90 euro lebih mahal berbanding varian 128GB manakala untuk storan 512GB Samsung telefon Galaxy Z Flip5 membawa harga 1,399 euro (~RM7,178).

    Sumber juga menunjukkan bahawa Samsung Galaxy Z Fold5 bermula dengan varian 256GB pada harga 1899 euro (~RM9,744), varian 512GB berharga 2039 euro (~RM10,462) dan storan 1TB berharga 2,279 euro (~RM11,694).

    Samsung akan mengadakan acara Galaxy Unpacked pada 26 Julai 2023 di Seoul, Korea Selatan buat kali pertama sambil membawa produk baharu yang disebut di atas. Berkemungkinan juga, telefon baharu itu akan menjadi telefon lipat pertama yang dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Gen 2.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: IT Home

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured