More

    Nubia Red Magic 8S Pro akan dilancar secara global pada 18 Julai 2023

    Nubia Red Magic 8S Pro yang dilancarkan di China baru-baru ini akan membawa kedatangannya ke pasaran global pada 18 Julai jam 8:00 pagi EST (8:00 malam waktu Malaysia).

    Kedatangan Red Magic 8S Pro+ pula tidak diketahui kerana berdasarkan laman web rasmi Nubia global (telah dialih keluar) ia hanya menyatakan pelancaran global untuk Red Magic 8S Pro.

    Telefon ini dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 2, RAM LPDDR5X sehingga 12GB dan storan UFS 4.0 sehingga 512GB. Ia menampilkan panel AMOLED 6.8 inci 120Hz dengan resolusi 1116 x 2480 yang dilindungi oleh Gorilla Glass 5.

    Terdapat juga kamera swafoto 16MP yang diletakkan di bawah paparan dan bahagian belakang dilengkapi tiga kamera 50MP. Spesifikasi lain termasuk bicu audio 3.5mm dan dwi pembesar suara dengan DTS:X Ultra Sound

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured