fbpx
More

    Twitter sekat pautan ke Threads daripada carian

    Walaupun Elon Musk cuba untuk meyakinkan orang ramai bahawa Twitter tidak boleh digantikan oleh Threads, namun kenyataan tersebut nampaknya tidak benar. Seorang pembangun mendapati bahawa Twitter telah menyekat pautan ke Thread daripada carian.

    Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Linda Yaccarino telah berkata dalam satu siri tweet bahawa Twitter tidak boleh diganti dan semuanya baik-baik saja. Beliau mengatakan bahawa setiap suara penulis adalah penting di Twitter.

    Pada masa ini, Twitter belum menyekat sepenuhnya pautan Threads. Pengguna boleh menyiarkan pautan Threads di Twitter dan ia akan dipaparkan seperti biasa. Tetapi seperti yang ditemui oleh salah seorang pembangun, pencarian Threads di Twitter tidak membuahkan hasil dan ramai orang telah melaporkan perkara ini.

    Walau bagaimanapun, terdapat pembangun lain menemui jalan penyelesaian dengan hanya mengalih keluar titik daripada URL. Carian url “threads net” sahaja yang boleh digunakan. Ini bukan kali pertama Twitter cuba menyekat pautan ke platform pesaingnya kerana awal tahun ini, Twitter menyekat tweet dengan pautan ke Substack yang kemudiannya sekatan itu ditarik balik.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Threads

     

    Artikel Terkini

    Google Translate tambah sokongan untuk 110 bahasa baharu seperti Iban, Minang dan Jawi

    Google Translate (Terjemahan Google) kini menambah sokongan untuk 110 bahasa baharu dengan bantuan model bahasa (LLM) PaLM 2. Ini adalah penambahan bahasa...

    Samsung lancarkan tiga “sensor” kamera baharu untuk telefon pintar, miliki telefoto 200MP pertama di...

    Samsung Electronics telah melancarkan tiga penderia imej mudah alih baharu iaitu ISOCELL HP9, ISOCELL GNJ dan ISOCELL JN5. Penderia ini bertujuan untuk...

    Lebih 14,000 kes penipuan dalam talian dengan kerugian RM581 juta direkodkan di Malaysia sejak...

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Pembaharuan Undang-undang dan Institusi) M. Kulasegaran di Parlimen hari ini mendedahkan sebanyak 14,490 kes penipuan dalam...

    OnePlus Ace 3 Pro dilancar: SD 8 Gen 3, bateri 6,100mAh dengan cas pantas...

    OnePlus baru sahaja melancarkan telefon OnePlus Ace 3 Pro di pasaran China yang dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 3, bateri Glasier 6,100mAh...

    CMF Phone 1 dedahkan proses pembinaan telefon

    CMF, sub-jenama Nothing, sedang meningkatkan kempen promosi untuk telefon pintar pertamanya yang dinamakan CMF Phone 1. Telefon ini akan diumumkan secara rasmi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Segalanya yang anda perlu tahu tentang bank digital di Malaysia!

    Konsep "bank digital" kini merupakan sesuatu yang semakin mendapat tempat dalam kesedaran rakyat Malaysia, terutamanya dengan pengenalan dua operator bank dgital yang...
    X