More

    Sony a6700 diumum di Malaysia: Pemproses AI dan 4K@120FPS, tersedia September ini

    Hari ini, Sony Electronics mengumumkan keluaran kamera tanpa cermin (mirrorless) APS-C terbaharunya iaitu α6700 (ILCE-6700). Buat masa ini, belum ada harga tempatan rasmi untuk kamera tersebut tetapi ia akan tersedia mulai September 2023.

    Dengan saiz APS-C terkini, α6700 mempunyai penderia imej Exmor R CMOS bercahaya belakang 26MP yang dipasangkan dengan teknologi BIONZ XR. Kepekaan ISO standard menjangkau 100 hingga 32000 untuk kedua-dua pegun dan filem serta unit pemprosesan AI boleh mengenal pasti pelbagai subjek dengan tepat.

    Ia juga boleh merakam resolusi 4K@120fps, menyokong S-Log3, menawarkan latitud 14+2 dan S-Cinetone untuk gambaran ton kulit dan penyerlahan subjek manakala Auto-Framing dipacu AI menjejaki subjek dengan lancar.

    Apabila dipasangkan dengan kanta FE 70-200mm F4.0 G Macro OSS II yang baru dilancarkan hari ini, ia menawarkan jarak fokus 105 mm hingga 300 mm dalam bingkai penuh 35mm serta serasi dengan rangkaian luas kanta E-mount. Selain itu, Sony turut melancarkan ECM-M1, mikrofon bersasar pertama di dunia dengan lapan mod rakaman audio boleh dipilih dail.

    ECM-M1 mempunyai empat kapsul mikrofon dan teknologi pemprosesan digital termaju menawarkan mod pelbagai termasuk stereo. Mod ultra-arah menangkap bunyi yang disasarkan dari hadapan dalam lebar 30 darjah dan pada masa yang sama berkesan mengesan bunyi lain dengan menyesuaikan diri secara dinamik kepada bunyi ambien persekitaran.

    Kedua-dua produk akan dijual di pengedar sah Sony di seluruh Malaysia. Kepada yang berminat, anda boleh layari laman rasmi Sony untuk produk α6700 dan ECM-M1.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...