More

    Selepas Atto 3, BYD bakal lancarkan model Dolphin di Malaysia

    BYD Dolphin akan dikeluarkan di Malaysia tidak lama lagi kerana BYD Malaysia telah mengeluarkan poster di media sosial yang mengatakan A New Wave of Evolution. Tambahan, poster ini juga direka dengan corak ikan lumba-lumba dan tertulis Coming Soon di bahagian bawah.

    Jika dilihat daripada poster ini, nampaknya BYD Dolphin akan dikeluarkan di Malaysia. Ini juga akan menjadi kereta kedua dikeluarkan oleh BYD di Malaysia selepas Atto 3. BYD Dolphin sudah pun dijual di Thailand dan Singapura.

    Terdapat 2 versi BYD yang dijual di Thailand iaitu versi peringkat permulaan ialah 699,999 baht (~RM92,733) dan versi jarak lanjutan ialah 859,999 baht (~RM113,930). BYD Dolphin Extended Range dilengkapi dengan set motor elektrik yang mampu mengeluarkan 174 kuasa kuda dan 290Nm serta dilengkapi bateri bilah berkapasiti 44.9kWh.

    Ketahanan baterinya boleh mencapai 401 kilometer. Bagi versi peringkat permulaan Dolphin pula, ia dilengkapi dengan motor elektrik yang mampu mengeluarkan 94 kuasa kuda dan 180Nm serta kapasiti bateri ialah 30.7kWh.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: BYD Malaysia

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured