More

    Nothing Phone (2) dilancar di Malaysia: SD 8+ Gen 1 dan ciri antara muka glyph baharu bermula RM2,999

    Nothing Phone (2) telah dilancarkan di Malaysia pada hari ni membawa dua varian RAM dan storan, tidak sepeti di negara Eropah. Seperti artikel sebelum ini, ciri yang menarik perhatian kali ini adalah antara muka Glyph yang menerima kemas kini dan membawa 11 jalur LED bersegmen dengan 33 jumlah zon pencahayaan LED.

    Setiap LED mempunyai fungsi masing-masing seperti menunjukkan kelantangan audio, mengecas bateri dan pemasa. Antara muka Glyph ini boleh disuaikan di bahagian Tetapan (Settings) di mana telefon ini turut menunjukkan ciri-ciri baharu sesudah sahaja telefon diaktifkan.

    Di bahagian hadapan, Nothing menggunakan paparan LTPO OLED 6.7 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar penyegaran 120Hz. Potongan lubang tebuk di bahgian tengah menempatkan kamera swafoto 32MP dengan sensor Sony IMX615 untuk rakaman video 1080p pada 60fps.

    Di bahagian belakang pula menempatkan kamera utama 50MP yang menggunakan sensor Sony IMX890, penstabilan imej OIS, EIS, mod HDR dan Motion Capture yang dikemas kini. Kamera kedua adalan kamera ultra lebar 50MP menggunakan sensor Samsung JN1 yang sama seperti pendahulunya tetapi juga mendapat keupayaan HDR Lanjutan.

    Ia menggunakan cipset Snapdragon 8 + Gen 1, menggantikan SD 778G+ pada Phone (1). Baterinya berkapasiti 4,700 mAh dengan pengecasan berwayar 45W dan pengecasan wayarles 15W. Spesifikasi lain termasuk sistem operasi Nothing OS 2.0 berdasarkan Android 13 yang menambahkan widget baharu, warna tema, susun atur folder dan penutup bergambar.

    Nothing Phone (2) hadir dalam warna putih dan kelabu gelap bermula pada RM2,999 untuk varian 12/256GB dan RM3,499 pada 12/512GB. Ketahui lebih lanjut mengenai spesifikasi yang ditawarkan di laman web nothing.tech.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured