More

    Microsoft Office bakal tukar fon baharu buat kali pertama selepas 15 tahun

    Microsoft telah mengumumkan bahawa mereka akan menggantikan Calibri iaitu fon lalai untuk Office selama 15 tahun dengan fon baharu Aptos. Berita mengenai fon baharu ini bermula sejak 2021 apabila Microsoft mula-mula memberikan lima pilihan fon baharu Bierstadt, Grandview, Seaford, Skeena dan Tenorite. 

    Selepas lebih dua tahun maklum balas daripada pengguna, Microsoft kini mendedahkan bahawa Bierstadt menjadi pilihan, tetapi telah dinamakan semula sebagai Aptos. Dicipta oleh Steve Matteson, Aptos dikatakan telah direka untuk mempunyai sedikit sentuhan kemanusiaan. 

    Aptos ialah fon sans serif dengan bentuk huruf ringkas yang membolehkan ia mudah dibaca. Steve Matteson, pereka Aptos dan juga bertanggungjawab untuk mencipta fon TrueType dan Segoe. Pengumuman fon baharu telah mendapat pujian dengan penampilannya yang moden dan bersih.

    Bagi empat finalis fon yang lain, pilihan tersebut masih terdapat dalam Office supaya pengguna boleh menggunakannya. Malah, pengguna masih akan menemui Bierstadt walaupun ia hanya nama lama untuk Aptos. 

    Daniels menambah bahawa Aptos hanyalah bahagian pertama daripada gelombang ciri baharu yang lebih luas yang datang ke Microsoft 365 dengan matlamat untuk menjadikan perisian lebih ekspresif dan inklusif.

    Aptos kini akan mula muncul sebagai fon lalai pada Word, Outlook, PowerPoint dan Excel, dengan Microsoft menjangkakan pelancaran akan berlaku dalam beberapa bulan akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Medium

     

    Artikel Terkini

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan...

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Google Pixel Watch 5 dan Pixel Tag dilancar dengan harga bermula RM139

    Google secara rasmi melancarkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak pintar pertama mereka, Pixel Tag. Pixel Watch 5 hadir dalam...

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured