More

    MYEG lancarkan “Nak Makan”, platform e-dagang untuk bazar Ramadhan

    Dengan pembatalan bazar Ramadhan sepanjang bulan puasa yang mendatang, My E.G. Services Berhad (MYEG) mengharapkan sebuah platform e-dagang untuk peniaga makanan boleh menggantikan ketiadaan acara tahunan itu.

    MYEG memperkenalkan Nak Makan, sebuah bazar Ramadhan dalam talian yang membantu peniaga makanan mengiklankan makanan-makanan mereka. Fasa pertama Nak Makan akan melibatkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

    Peniaga yang berminat untuk menyertainya boleh melengkapkan butiran perniagaan mereka dalam laman web Nak Makan atau hubungi 03-76648100 atau 017-228 5948 / 5954 / 5958 / 5983. MYEG berkata penghantaran makanan akan dilakukan oleh rakan kongsi mereka, MrSpeedy.

    MYEG juga mengatakan sebuah platform e-sahur dan e-raya juga sedang dibangunkan. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli atau menjual daripada Nak Makan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured