fbpx
More

    Xiaomi Pad 6 dilancar di Malaysia: SD 870, skrin WQHD+ 11″ dan audio Dolby Atmos bermula RM1,299

    Hari ini, Xiaomi mengumumkan Xiaomi Pad 6 untuk pasaran Malaysia menampilkan paparan WQHD+ (2880 x 1800) 11 inci pada 309 ppi yang memberikan imej yang tajam dan jelas. Sementara itu, cipset Snapdragon 870 memastikan prestasi terbaik dengan sokongan bateri 8,840mAh.

    Ia menggunakan perisian MIUI menawarkan antara muka pengguna mudah alih eksklusif, peningkatan fungsi pen pintar Xiaomi generasi kedua dan papan kekunci Xiaomi Pad 6 untuk produktiviti yang lancar. Skrinnya disokong oleh Dolby Vision, gamut warna 99% DCI-P3 untuk 1.07 bilion warna (mengikut piawaian CIE 2015), kadar penyegaran paparan sehingga 144Hz dan Low Blue Light yang diperakui TÃœV Rheinland.

    Butang pada Xiaomi Smart Pen generasi kedua membolehkan anda mengambil tangkapan skrin atau bertukar dengan cepat antara fungsi penulisan, lukisan dan warna apabila diperlukan dalam aplikasi Nota. Kemudian, papan kekunci Xiaomi Pad 6 membawa fungsi ditingkatkan dan antara muka boleh suai supaya pengguna boleh membuat pintasan yang diperibadikan.

    Xiaomi Pad 6 mempunyai kamera hadapan ultra lebar dengan fungsi FocusFrame dan empat mikrofon yang mengurangkan bunyi latar belakang. Ia juga menampilkan antara muka USB 3.2 Gen 1 binaan dalam dan menyokong isyarat video output sehingga resolusi 4K pada 60Hz.

    Daripada segi audio, ia disokong Dolby Atmos dan Audio Hi-Res membawa empat pembesar suara dengan bass yang kuat. Reka bentuknya menggunakan aloi aluminium dengan bezel 6.51mm dan berat pada 490g untuk kemudahan perjalanan. Di bawah adalah tawran yang anda boleh dapatkan sebgai pembeli terawal Xiaomi Pad 6:

    Mulai 20 Julai 2023 dan seterusnya, anda boleh dapatkan tablet ini di kedai Xiaomi sah di seluruh negara, Lazada atau Shopee. Varian 6GB+128GB pada harga RM1,299 dan 8GB+256GB pada harga RM1,499 boleh didapati dalam talian dan kedai Xiaomi sah manakala versi 8GB+128GB adalah eksklusif dalam talian dan hanya boleh dibeli dari Lazada atau shopee pada harga RM1,399.

    Aksesori tablet juga boleh dibeli di kedai Xiaomi sah di seluruh negara di mana papan kekunci Xiaomi Pad 6 dan Xiaomi Smart Pen generasi kedua dijual pada harga RM399 setiap satu manakala sarung Xiaomi Pad 6 boleh dibeli dengan harga RM149 dan pelindung skrin pada harga RM79. Xiaomi Pad 6 akan disediakan dalam tiga pilihan warna iaitu Gravity Grey, Gold dan Mist Blue.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X